Hazrat Isa yang di dalam Al-Qur'an
-
Download: Rahasia Jalan yang Lurus
PendahuluanAl-Qur'an menganggap Hazrat Isa sebagai tokoh yang sangat penting. Al-Qur'an mengurniainya dengan
banyak gelaran-gelaran kehormatan sekali berbanding dengan mana-mana tokoh yang lalu. Hazrat Isa telah dipanggil
satu 'tanda bagi manusia' (QS Maryam 19:21), 'rahmat dari (Allah)' (QS Maryam 19:21), 'saksi' (QS An-Nisaa' 4:159),
'salih' (QS Ali-'Imran 3:46) dan 'didekatkan (kepada Allah)' (QS. Ali-'Imran 3:45). Al-Qur'an memberinya gelaran 'Al-
Masih (sebanyak 11 kali)', 'Ibn Maryam', 'Utusan Allah', 'Nabi', 'Kalimat Allah' dan 'Roh dari Allah' (QS An-Nisaa' 4:171).
Dialah hanya satu-satunya nabi yang telah dilahirkan kepada seorang gadis dara dan telah mengerjakan antara mukjizatmukjizat
yang terunggul di kalangan nabi-nabi. Lebih kurang sembilan puluh ayat daripada 15 buah surah di dalam Al-
Qur'an mempunyai rujukan kepada Hazrat Isa walaupun kebanyakannya adalah ringkas and hanya pada namanya
sahaja dalam satu senarai nabi-nabi. Sungguhpun kehormatan-kehormatan ini dikurnia ke atasnya, Al-Qur'an menolak
peranan Kristus sebagai Penyelamat dan Rabb seluruh umat manusia.Keadaan ini adalah kerana Al-Qur'an mempunyai
satu definisi kenabian yang amat seluruh yang dikenakan terhadap Hazrat Isa dan sebilangan besar tokoh-tokoh penting
dalam Perjanjian Lama. Tanggapan kenabian inilah pada sebahagian besarnya sesuai sekali dengan Muhammad, dan
telah dibacakan kembali ke atas peranan semua nabi-nabi penting yang lalu. Kenabian di dalam Al-Qur'anNabi-nabi di
dalam Al-Qur'an boleh dikelaskan sebagai Nabi dan Rasul. Seorang nabi ialah sesiapa yang diilhamkan secara terus
oleh Allah. Seorang rasul ialah orang yang telah diamanahkan Allah dengan misi yang khas. Biasanya rasul juga
memainkan peranan seorang nabi dan membawa bersamanya kitab wahyu Allah. Perkhabaran asas yang dikhutbahkan
para rasul dan para nabi adalah sama: memberi amaran kepada manusia supaya bertaubat daripada dosa (terutamanya
kemusyrikan) dan memenuhi kewajipan mereka kepada Allah. Perkhabaran ini bersesuaian dengan ajaran asas Islam
mengenai penyelamatan bahawa apa yang perlu dilakukan sahaja ialah bertaubat dari dosa, beriman kepada Allah, dan
mengerjakan perkara-perkara baik. Nabi/rasul memperingatkan manusia mengenai buruknya padah yang bakal
menimpa sekiranya kita meninggalkan tanggungjawab kita kepada Allah. Andainya manusia bertaubat, nabi/rasul
menjanjikan keberkatan dari Allah. Peranan ini amat mudah difahami dan Al-Qur'an menyarankan di dalam QS Yuunus
10:47 bahawa tiap-tiap umat telah didatangi rasul pada satu masa ketika. Orang Islam percaya bahawa semua nabi-nabi
Perjanjian Lama mempunyai peranan yang sebegini. Namun tidak ada di dalam konsep kenabian ini sebarang rujukan
kepada nubuat-nubuat Perjanjian Lama mengenai Al-Masih yang akan tiba. Tiada seruan juga kepada Bani Israel
supaya kembali kepada perjanjian mereka bersama Allah yang berpusatkan sistem pengorbanan di dalam Bait Allah,
dan tiada sebarang pelanjutan dalam wahyu mengenai rancangan Allah untuk manusia mahu pun dalam bentuk
perjanjian-perjanjian lain seperti perjanjian Daud mahu pun perjanjian Baru. Tanggapan kenabian Islam pada tegasnya
adalah secara linear tanpa perkembangan, yang menyeru kepada manusia supaya kembali kepada pangkal jalan agama
asas yang sama.Beberapa orang rasul dikatakan telah menerima kitab daripada Allah. Gambaran di sini ialah mereka
telah menerima kitab-kitab itu dalam cara yang sama dengan cara bagaimana Muhammad dikatakan telah menerima Al-
Qur'an -- iaitu secara imlak daripada yang asal di syurga. Menurut Al-Qur'an, Nabi Musa (as) telah menerima kitab
Taurat, Nabi Daud (as) menerima kitab Zabur dan Hazrat Isa pula menerima kitab Injil. Orang Islam diajar supaya
beriman kepada semua nabi-nabi dan kitab-kitab mereka. Walau bagaimanapun, adalah menjadi kepercayaan orang
Islam bahawa Al-Qur'an hanyalah satu-satunya kitab yang tidak diubahsuai dan boleh dipercayai, yang telah diturunkan
untuk membetulkan kesalahan-kesalahan dan mengekalkan mana-mana ajaran-ajaran betul yang terkandung di dalam
kitab-kitab sebelumnya. Hasilnya, seorang yang beragama Islam hanya mempercayai Al-Qur'an walaupun dia berkata
bahawa dia mempercayai semua kitab-kitab. Hazrat IsaNama Hazrat Isa di dalam Al-Qur'an ialah Isa. Asal bagaimana
dia diberi nama ini masih belum selesai dan pelbagai teori telah dikemukakan. Tiga teori penting ialah ianya mungkin
korupsi perkataan Syria iaitu "Yeshu", atau satu korupsi perkataan "Esau" yang dijadikan nama perli orang Yahudi
terhadap Hazrat Isa, atau ia telah digunakan untuk berirama dengan nama Nabi Musa (as) di dalam beberapa ayat-ayat
Al-Qur'an. Walau bagaimanapun, untuk tujuan kita, adalah memadai bagi kita menyebut nama Yesus kepada sahabat
Islam kita yang akan terus tahu siapakah yang dimaksudkan kita. Dia akan faham dan tidak tersinggung kerana dia telah
akan menjangkakan perkara ini memandangkan kita beragama Kristian.Harus kita sarankan mengenai satu perkara
yang menarik di dalam Al-Qur'an mengenai Hazrat Isa. Hazrat Isa dikatakan telah menyatakan apakah peranan
pelayanannya semasa di bumi dan siapakah dia di dalam Al-Qur'an. Oleh yang demikian, satu kajian ke atas peristiwaperistiwa
di mana dia telah melakukan ini akan memberikan kepada kita satu gambaran jelas mengenai Hazrat Isa yang
di dalam Al-Qur'an. Perbicaraan Hazrat Isa semasa dalam buaianHazrat Isa berbicara buat pertama kalinya di dalam Al-
Qur'an semasa dia masih bayi lagi. Di dalam Surah Maryam 19, selepas konsepsi dan kelahirannya, Maryam telah
membawanya kepada kaumnya. Akan tetapi Maryam dituduh pula sebagai melakukan sesuatu yang amat mungkar dan
pada saat itulah Hazrat Isa telah mempertahankannya dengan berbicara dari buaian:Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini
hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi. Dan Dia menjadikan aku seorang
yang berbakti di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) shalat dan (menunaikan) zakat
selama aku hidup, dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan
kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku
www.YesusKristus.com
http://yesuskristus.com Powered by Joomla! Generated: 16 December, 2009, 21:42
dibangkitkan hidup kembali"". (QS. Maryam 19:30-33) Terdapat banyak istilah-istilah dan tanggapan-tanggapan penting
di sini. Pertama-tama sekali, Hazrat Isa menyatakan dirinya sebagai hamba Allah. Istilah bahasa Arab yang digunakan di
sini ialah 'abd', yang bererti dia hanyalah seorang manusia biasa dalam hubungannya dengan Allah. Penggunaan kata
ini adalah penyangkalan terbuka kepasa sifat Hazrat Isa yang ilahi. Kedua, perhatikan ayat yang menyatakan bahawa
dia telah menerima sebuah kitab dan dijadikan seorang nabi. Perkara ini adalah mengikut tanggapan Al-Qur'an
mengenai wahyu dan kenabian seperti yang telah diperkatakan awal tadi. Kata Hazrat Isa bahawa dia telah menerima
kitab, dipercayai orang Islam sebagai dalam gaya yang sama seperti Nabi Musa (as), Nabi Daud (as) dan Muhammad.
Rujukan kepada solat dan zakat dianggap orang Islam sebagai merujuk kepada dua daripada lima rukun Islam penting,
iaitu ibadat solat dan zakat. Dalam kata lain, Hazrat Isa telah dipanggil untuk menjadi seorang Muslim yang baik.
Pernyataan terakhir yang merujuk kepada kematian dan kebangkitannya telah diambil orang Islam bukan menurut
turutan, tetapi di dalam susunan terbalik. Orang Islam percaya Hazrat Isa telah diangkat ke syurga dahulu dan akan
datang semula ke bumi ini untuk menyambung kehidupannya sebagai manusia biasa. Walaupun ini bukan susunannya
di dalam Al-Qur'an tetapi inilah kepercayaan kaum Muslim. Mukjizat-mukjizat Hazrat IsaSurah Al-Maaidah
menyenaraikan mukjizat-mukjizat yang dikatakan telah dilakukan Hazrat Isa di dalam Al-Qur'an:(Ingatlah), ketika Allah
mengatakan:"Hai 'Isa putera Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada Ibumu diwaktu Aku menguatkan kamu
dengan ruhul qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia diwaktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan
(ingatlah) diwaktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk
dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup padanya, lalu bentuk itu menjadi
burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) diwaktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka
membunuh kamu) dikala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang
kafir diantara mereka berkata:"Ini tidak lain sihir yang nyata". (QS. Al-Maaidah 5:110) Perhatikan bahagian yang selalu
diulangi iaitu "seizin-Ku". Kaum Muslim menyarankan bahawa kerana ungkapan ini, semua mukjizat-mukjizat yang
diperlakukan Hazrat Isa adalah hanya melalui kuasa Allah dan bukan kuasanya kerana dia tidak mempunyai sebarang
kuasa sebagai manusia. Terdapat juga dua mukjizat-mukjizat yang tidak disenaraikan di sini tetapi boleh ditemui di
dalam Al-Qur'an. Mukjizat-mukjizat ini ialah hal menurunkan suatu hidangan dari langit untuk pengikut-pengikutnya (QS.
Al-Maaidah 5:112-115), dan kebolehan mengetahui apa yang disimpan di dalam rumah orang (QS. Ali-'Imran 3:49)Kita
harus berkata di sini bahawa perbicaraannya dalam buaian dan penghasilan seekor burung dari tanah merupakan ceritacerita
yang boleh dijumpai dalam buku-buku apocryphal Kristian yang ditulis sebelum tibanya masa Muhammad.(Arabic
Infancy Gospel) Kita temui apa yang mengikut di dalam kitab Yusuf, imam besar, yang hidup semasa zaman Kristus.
Ada yang mengatakan bahawa dialah Kayafas. Dia telah berkata bahawa Yesus telah berbicara dan memang, ketika dia
berada di dalam buaian dia telah berkata kepada Maryam ibunya:... (Bahasa asal: We find what follows in the book of
Joseph the high priest, who lived in the time of Christ. Some say that he is Caiaphas. He has said that Jesus spoke, and,
indeed, when He was lying in His cradle said to Mary His mother:...) (The Infancy Gospel of Thomas) Dan setelah dia
telah membuat tanah lembut, dia membentukkan dua belas ekor burung pipit dari tanah tersebut. Dan adalah Hari Sabat
ketika dia melakukan semua ini (atau menciptakan semua ini). (Bahasa asal: Chapter II verse 2 And having made soft
clay, he fashioned thereof twelve sparrows. And it was the Sabbath when he did these things (or made them). Keduadua
cerita-cerita ini hanyalah di antara cerita-cerita Al-Qur'an lain yang dipinjam daripada agama-agama lain. Konsep
Triniti di dalam Al-Qur'anAl-Qur'an menolak sebarang tanggapan yang membayangkan sifat Allah sebagai satu Triniti.
Konsep Triniti yang dibidas di dalam Al-Qur'an seakan-akan terdiri daripada Allah, Maryam, dan Hazrat Isa. Kebanyakan
orang Islam pada hari ini sedar bahawa inilah bukan yang dimaksudkan orang Kristian apabila kita menyebut mengenai
Triniti yang Kudus. Tetapi mereka dengan cepatnya mendakwa bahawa sebarang bayangan ketigaan adalah salah dan
akan menggunakan Al-Qur'an untuk mempertahankan hujah mereka. Hazrat Isa yang di dalam Al-Qur'an menentang
Triniti dengan kuat:Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman:"Hai 'Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada
manusia:"Jadikanlah aku dan ibuku dua orang Ilah selain Allah". 'Isa menjawab:"Maha Suci Engkau, tidaklah patut
bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakannya maka tentulah Engkau
telah mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya
Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib". Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang
Engkau perintahkan kepadaku (mengatakannya) yaitu:"Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku
menjadi saksi terhadap mereka. Maka setelah Engkau wafatkan (angkat) aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan
Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. (QS. Al-Maaidah 5:116-117) Al-Qur'an mengukuhkan kata-kata
Hazrat Isa dengan pernyataan-pernyataan yang seperti berikut:Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas
dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa
putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan roh dari-Nya.
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Ilah itu) tiga", berhentilah
(dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Ilah Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai
anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara. (QS. An-Nisaa'
4:171) Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata:"Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam",
padahal Al-Masih (sendiri) berkata:"Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu". Sesungguhnya orang yang
mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah
neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun. Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang
mengatakan:"Bahwanya Allah salah satu dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Ilah (yang kelak berhak disembah)
selain Ilah Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara
mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. (QS. Al-Maaidah 5:72-73) Al-Qur'an tidak pernah berinteraksi secara serius
dengan ajaran asas Al-Kitab dan kefahaman Kristian ortodoks mengenai konsep Triniti. Kita mendakwa ini kerana
konsep Triniti itu menggambarkan apa yang telah diwahyukan Allah mengenai keesaan-Nya. Konsep Triniti itu tidak
www.YesusKristus.com
http://yesuskristus.com Powered by Joomla! Generated: 16 December, 2009, 21:42
bererti mengganda-gandakan tuhan-tuhan seperti yang tampaknya dikatakan mengenai Triniti di dalam Al-Qur'an.
Penentangan terhadap kedudukan Hazrat Isa sebagai Anak AllahAl-Qur'an mengandungi ayat-ayat yang menentang
pernyataan bahawa Allah telah beranak. Kita akan membaca di dalam Al-Qur'an, "Tidak layak bagi Allah mempunyai
anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka hanya berkata kepadanya: "'Jadilah', maka jadilah
ia."(QS. Maryam 19:35). Tambahan pula di dalam QS. Yuunus 10:68 adalah tertulis, "Mereka (orang-orang Yahudi dan
Nasrani) berkata:"Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah; Dia-lah Yang Maha Kaya; kepunyaan-Nya apa yang ada di
langit dan apa yang di bumi. Kamu tidak mempunyai hujjah tentang ini. Pantaskah kamu mengatakan terhadap Allah apa
yang tidak kamu ketahui?". Di tempat lain pula kita diberitahu dengan spesifik bahawa penciptaan Hazrat Isa adalah
serupa dengan Nabi Adam, kerana mereka berdua terjadi melalui firman Allah yang berbunyi "Jadilah!" (QS Ali-'Imran
3:59). Tambahan pula "Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan" (QS. Al-Ikhlaash 112:3)Tidak kita lupakan juga
tuduhan Al-Qur'an bahawa idea Tuhan beranak adalah bertentangan dengan kebesaran dan kemuliaannya. Ruparupanya
orang Islam dan Al-Qur'an pada umumnya memandang idea anak Tuhan itu secara harfiah (jasmaniah) dalam
pengertiannya. QS. Al-Jin 72:3 mencatat "dan bahwasannya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan
tidak (pula) beranak." Dalam ulasannya mengenai ayat ini (nota #1625 dalam terjemahan dan ulasannya ke atas makna
Al-Qur'an) Allahyarham Yusuf Ali memerhatikan bahawa Islam menolak adanya "ajaran anak yang dilahirkan Allah, yang
membawa (kita kepada) implikasi bahawa Dia mempunyai isteri melalui siapa anak itu dilahirkan"! Penulis Kristian iaitu
Lactantius yang menulis sekitar tahun 306 selepas Masihi telah berkata, "Barangkali sesiapa yang mendengar ungkapan
"Anak Allah" tidak harus memikirkan perkara yang begitu keji dan terkutuk, dan berkhayal bahawa Allah telah membiak
melalui perkahwinan dan persetubuhan dengan seorang wanita,---ini hanya satu perkara yang dilakukan binatang yang
bertubuh dan mana kematiannya memang pasti."Di sini, kita harus bertanya adakah terletak pada pemikiran pengarang
Al-Qur'an perkara yang begitu terkutuk dan keji seperti ini? Sungguh malangnya kerana pemahaman pengarang Al-
Qur'an yang salah ini, telah dipercayai beratus ribu kaum Muslim sebagai apa yang sebenarnya dipercayai orang
Kristian. Hazrat Isa dikatakan telah meramalkan kedatangan MuhammadTerdapat satu ayat di dalam Al-Qur'an yang
menyebabkan rakan-rakan Islam kami tercari-cari di dalam Al-Kitab untuk kemungkinan adanya sebarang nubuat
mengenai kedatangan Muhammad:Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata:"Hai bani Israil, sesungguhnya aku
adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi khabar gembira
dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)...." (QS. Ash-
Shaaff 61:6) Mereka akan menghala kepada petikan-petikan di dalam kitab Yohanes 14-16 mengenai Paraclete dalam
percubaan mereka membuktikan bahawa Paraclete itu ialah Muhammad, dan bukanlah Roh Kudus. Walaupun begitu,
apa yang penting bagi kita di sini ialah mengenal pasti bahawa orang Islam percaya sebahagian besar pelayanan Hazrat
Isa ialah menubuat mengenai kedatangan Muhammad. PenyalibanHazrat Isa yang di dalam Al-Qur'an tidak mati di atas
kayu salib. Surah An-Nisaa' 4:157,158 menyatakan:dan karena ucapan mereka:"Sesungguhnya kami telah membunuh
Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi
(yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang
berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak
mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin
bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan
adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. An-Nisaa' 4:157-158) Alasan umum yang diberi ialah Allah telah
meletakkan orang lain di atas kayu salib dan mengangkat Hazrat Isa ke syurga. Yudas Pengkhianatlah yang paling
kerap dicadangkan sebagai orang yang telah mati di tempat Hazrat Isa. Tetapi tidak ada sebarang bukti sejarah yang
diberikan untuk menyokong dakwaan ini. Perkara ini dipercayai kerana Al-Qur'an menyatakannya sebagai perkara
benar. Kepulangan Hazrat Isa ke bumiAl-Qur'an tidak menyatakan secara eksplisit bahawa Hazrat Isa akan kembali ke
bumi. Ini adalah ajaran yang telah dikembangkan di dalam tradisi-tradisi Islam (Al-Hadith). Berikut adalah dua ayat Al-
Qur'an yang digunakan untuk menyokong ajaran mengenai kepulangannya:Tidak ada seorangpun dari Ahli Kitab,
kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi
terhadap mereka. (QS. An-Nisaa' 4:159) Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari
kiamat. Karena itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus. (QS. 43:61)
Daripada ayat-ayat ini dan tradisi-tradisi lain, pandangan Islam mengenai kepulangan Hazrat Isa adalah begini: Setelah
diangkat ke syurga untuk melepasi penyaliban, Hazrat Isa akan muncul semasa hari kiamat sebagai tanda bahawa
sudah tibanya masa dunia berakhir. Dia akan turun ke bumi, dua tangannya berehat di atas sayap-sayap dua orang
malaikat. Dia akan turun ke atas menara putih yang terletak di bahagian timur kota Damascus. Seterusnya, dia akan
mengajak seluruh dunia termasuk juga orang Kristian dan Yahudi untuk mengislamkan diri mereka, membunuh al-Dajjal,
memecahkan kayu salib, menghapuskan semua babi, mengakhirkan semua peperangan, dan menjadi seorang hakim.
Dia akan berkahwin, mempunyai anak, mengerjakan ibadat haji ke kota Mekah, mati selepas 40 tahun dan dikebumikan
di sisi Muhammad di kota Medina. Masanya di bumi akan menandakan tempoh kemewahan yang berlimpah-limpah dan
semua agama akan berakhir kecuali agama Islam. Perasaan orang Islam mengenai Hazrat IsaDaripada gambarangambaran
di atas kita dapat meneka bagaimana kaum Muslim mempunyai satu tahap penghormatan dan kekaguman
kepada Hazrat Isa. Ada di kalangan mereka yang berpaling kepadanya untuk syafaatnya kerana dia tokoh yang hebat di
dalam Islam. Malangnya, Al-Qur'an telah mengalihkan penghormatan mereka ini dan tidak mengakuinya sebagai satusatunya
Penyelamat dari dosa dan Rabb. Al-Qur'an telah juga menjadikan Hazrat Isa menyangkal identitinya sebagai
Allah yang datang sebagai daging manusia, dan membantah pelayanannya di bumi sebagai puncak rancangan
Allah.Sepertimana gaya Al-Qur'an, orang Islam cenderung mengetepikan kepentingan bukti-bukti sejarah sebenar yang
wujud mengenai Hazrat Isa. Mereka hanya percaya kepada Al-Qur'an mengenai identiti dan pelayanan Hazrat Isa tanpa
mengkaji asas untuk kepercayaan mereka itu.Tambahan pula, orang Islam mempunyai perasaan kuat tentang Al-Qur'an
sebagai wahyu yang lebih superior kepada Al-Kitab. Oleh itu, mereka percaya bahawa kita sebagai orang Kristian telah
www.YesusKristus.com
http://yesuskristus.com Powered by Joomla! Generated: 16 December, 2009, 21:42
menghina, mencerca and melakukan syirik dalam pernyataan-pernyataan kita tentang Hazrat Isa. Mereka berpendapat
bahawa orang Kristianlah yang telah mendewa-dewakan Hazrat Isa sehingga dia dijadikan Allah. Semangat yang
ditunjukkan kaum Muslim dalam membicarakan perkara-perkara ini timbulnya dari kepercayaan ikhlas bahawa kita salah
dan telah melakukan syirik. Mereka tidak sedar akan kesalahan dan salah faham mereka. Mereka tidak sedar bahawa
kita hanya mengambil Hazrat Isa pada kata-katanya dan juga kata-katanya pengikut-pengikutnya (Hawariyyin) seperti
yang terdapat di dalam Perjanjian Baru.
Redaksi:
Apakah Anda diberkati oleh artikel di atas?
Apakah Anda belum yakin akan keselamatan hidup anda ?
Jika Anda mau diselamatkan, ikuti doa di bawah ini :
Tuhan Yesus, aku menyadari bahwa aku seorang berdosa yang tidak bisa menyelamatkan diriku sendiri. Aku
membutuhkan Engkau. Aku mengakui bahwa aku telah berdosa terhadap Engkau. Saat ini aku minta agar darah-Mu
menghapuskan segala kesalahanku. Hari ini aku mengundang Engkau, Tuhan Yesus, mari masuk ke dalam hatiku. Aku
menerima Engkau sebagai Tuhan dan Juru Selamat satu-satunya dalam hidupku. Aku percaya bahwa Engkau Yesus
adalah Tuhan yang telah mati dan bangkit untuk menyelamatkan dan memulihkanku. Terima kasih Tuhan, di dalam
nama Tuhan Yesus Kristus aku berdoa. Amin!
www.YesusKristus.com
http://yesuskristus.com Powered by Joomla! Generated: 16 December, 2009, 21:42
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment